PEMILIK BLOGGER

Friday 16 March 2012

MEREKA IKHLAS ♥

Tersenyumlah. Orang yang mengutuk diri kita yang tidak ma'sum ini mungkin ikhlas ingin membetulkan kesalahan kita. Namun, kita tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dengan meniru balik caranya itu. Tahanlah diri dari mengutuk balik. Tahanlah diri dari mencaci-maki. Tahanlah diri dari menghina semula.


Di Mana Penunggang Kuda yang Tidak Pernah Jatuh?
Wahai anak-anak muda yang berkobar-kobar, dengan kecanggihan teknologi yang membolehkan perbincangan kita dibaca oleh seluruh dunia hanya dalam beberapa saat, pelbagai perkara buruk dan baik tersebar cepat.

Berhati-hatilah dengan perdebatan tanpa hujung sehingga terheret kepada perbuatan mencela-cela orang lain, apatah lagi mencela ulama'.               
Anda kecewa dengan kesalahan insan yang anda kagumi?Sama-sama kita renungi kata-kata Syeikh Al-Qaradhawi ini, "Sesungguhnya orang-orang yang menjatuhkan nama-nama ulama besar kerana sebahagian kesalahan yang mereka lakukan bukanlah orang-orang yang bersikap adil dan tidak pula termasuk orang-orang yang tepat dalam mengambil sikap. 

0 comments: